Wednesday, 1 January 2014

Pegumuman!
Sekali lagi PRD KMJ akan mengadakan program dan aktiviti buat para pelajar di Kolej Matrikulasi Johor.
Program tersebut adalah KARNIVAL KERJAYA, program ini melibatkan semua pelajar PST, PDT dan Akaun. Pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada wakil-wakil universiti yang terdapat diperpustakaan. selain itu, para pelajar juga diwajibkan untuk mengikuti program ceramah yang akan ilaksanakan oleh wakil-wakil universiti yang terpilih, anda boleh mendengar taklimat tersebut sebelum membuat keputusan mengisi borang permohonan UPU. Anda boleh merujuk kepada jadual-jadual yang ditampal pada papan memo untuk meneliti jadual perjalanan program tersebut. Tidak lupa juga, admin sebagai wakil PRD mengajak dan menyeru anda semua untuk memriahkan lagi booth PRD dan kami juga telah merancang beberapa aktiviti yang menarik, program ini akan mula berlangsung pada 3 Januari hingga 4 Januari 2014, dibeberapa lokasi seperti perpustakaan, dewan kuliah dan masjid. Jumpa anda disana! 

No comments:

Post a Comment