Friday, 27 December 2013






Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kali ini admin ingin berkongsi sedikit tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh PRD Klej Matrikulasi Johor...
Jambori Pembimbing Rakan Dinamik(PRD) Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2013/2014 telah diadakan pada 19-22 September 2013. Program tersebut telah diadakan di Glory Beach Resort yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kolej Matrikulasi Johor telah diwakili oleh Jawatankuasa tertinggi PRD KMJ(memandangkan admin bukanlah jawatankuasa tertinggi tak dapatlah nak cerita secara detail tentang perjalanan program disana, tapi nampaknya mereka-mereka yang pergi nampak seronok).





Saturday, 21 December 2013

Logo Pembimbing Rakan Dinamik Kolej Matrikulasi Johor.



 Logo Kolej Matrikulasi Johor




Objektif
Program Pembimbing Rakan Dinamik

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat:

1) Meningkatkan komitmen pelajar-pelajar untuk bersama-sama mengambil bahagian yang aktif dalam proses penyelesaian masalah.
2) Mengalakkan perkongsian perasaan, pendapat dan maklumat secara positif ke arah kehidupan yang harmoni sepanjang berada di kolej matrikulasi.
3) Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar bahawa kebajikan dan kesejahteraan hidup rakan-rakan adalah tanggungjawab mereka bersama.

Pengenalan

Salam perkenalan.

Pembimbing Rakan Dinamik ( PRD ) di kolej-kolej matrikulasi merujuk kepada kumpulan pelajar yang telah menerima latihan kemahiran asas dalam perhubungan interpersonal, komunikasi dan kaunseling, dan berfungsi sebagai kawan yang efektif kepada rakan-rakan sepengajian di kolej matrikulasi, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRD menggunakan kemahiran tersebut untuk membantu rakan mereka yang menghadapi masalah yang menjadi pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta ikhlas memberi khidmatnya kepada sistem kolej matrikulasi.